Rumah
Perlindungan Nur Qaseh di tubuhkan pada 6hb April 2011 dibawah Pertubuhan
Kebajikan Melati Malaysia. Namun begitu rumah perlindungan ini telah berdiri sendiri
apabila pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan telah diluluskan atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR
QASEH MALAYSIA No Pendaftaran: 3255-11-WKL . Pusat Jagaan ini beralamat No. 0614 Jalan 14,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Diatas
Inisiatif AJK Pertubuhan Kebajikan Melati Malaysia dan keprihatinan Pengasas
Nur Qaseh iaitu Puan Roslida Binti Che
Wail untuk membantu anak-anak perempuan
melayu dari gejala-gejala yang tidak sihat dan memberi pelajaran yang sempurna kepada mereka.
Rumah
Perlindungan Nur Qaseh ini menempatkan anak-anak Yatim, Fakir miskin, dan mualaf. Kesemuanya anak-anak perempuan
berumur 15 tahun ke bawah.
Amatlah
menjadi impian kami di Rumah Nur Qaseh ini agar anak-anak yang tinggal di rumah
ini dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan mendapat pendidikan demi masa
depan sejajar dengan inspirasi negara.
MISI
dan VISI kami mahukan anak-anak yang berlindung di Rumah Nur Qaseh ini agar cemerlang dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.

No comments:
Post a Comment